Posts

Showing posts from January, 2020

LATIHAN TEKANAN

Image
LATIHAN TEKANAN DEFINISI LATIHAN TEKANAN Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sesuatu permainan melalui situasi permainan sebenar dan dalam sesuatu ‘setting’ yang spesifik. Latihan ini dapat membantu pemain membina keyakinan dan kelicikan permainan dalam sesuatu situasi tertentu. Latihan tekanan juga dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih spesifik .Mc Partlin (1980) mendefinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem latihan yang member peluang kepada para atlit melatih sesuatu kemahiran spesifik dengan berulang – ulang kali, mungkin beratus – ratus kali dalam jangka masa beberapa minit.  TUJUAN LATIHAN TEKANAN  1) Meningkatkan dan mengekalkan kemampuan aerobic dan anaerobik.  2) Meningkatkan kelajuan , ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutan.  3) Meningkatkan dayatahan otot tertentu.  4) Mengekalkan dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang tertentu.  5) Untuk mempercepatkan sistem tenaga dalam tu...

LATIHAN BEBANAN

Image
LATIHAN BEBANAN DEFINISI LATIHAN BEBANAN    Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot.intensiti ,bebanan serta ulangan latihan bebanan berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan.mengikut Jesse bahawa:  “strength and muscular endurance are two important componens of physical fitness and are needed in varying in all types of work and play”  Oleh itu kemahiran – kemahiran tertentu adalah memerlukan otot – otot yang spesifik. Untuk mendapatkan tahap kemahiran yang tinggi , otot – otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan daya tahan. Kesempurnaan kedua – dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang diceburi nanti.    TUJUAN LATIHAN BEBANAN  1) Meningkatkan kekuatan otot.  2) Meningkatkan dayatahan otot.  3) Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan.  4) Meningkatkan kuasa eksplosif. CONTOH LATIHAN BEBANAN   1...

LATIHAN LITAR

Image
LATIHAN LITAR Latihan ini telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England pada tahun 1953 oleh R.E Morgan dan G.T Adamson. Dari segi perkembangannya, ia telah menerima sambutan baik keranan keberkesanannyan. Para pendidik pendidikan latihan jasmani berpendapat bahawa latihan litar merupakan antara kaedah latihan yang dapat meningkatkan motivasi kendiri, menambahkan daya tahan dan kelenturan.  KONSEP LATIHAN LITAR Latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal di mana prinsip lebihan beban secara ansur maju diamalkan kepada otot dan dan sistem respirotari dalam tempoh masa yang ditentukan. Latihan litar boleh disifalkan sebagai latihan yang melibatkan satu bilangan perlakuan fizikal yang disusun dalarn satu urutan tertentu. la dilakukan secara konsekutit mengikut aturan yang bernombor. Seseorang pelatih perlu melakukan kegiatan gerak kerja tersebut satu demi satu mengikut litaran yang telah disusun. OBJEKTIF LATIHAN LITAR Secara ringkasnya tujuan mengadakan latihan litar in...

KAEDAH KECERGASAN FIZIKAL

Image
Jenis-jenis Latihan  LATIHAN FARTLEK DEFINISI LATIHAN FARTLEK Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.   Ada 2 jenis latihan fartlek: 1)    Fartlek Terkawal atau Fartlek Tertutup Dikenali sebagai Closed Fartlek. Aktiviti dilakukan di kawasan yang tertutup seperti trek di stadium ataupun mengikut garisan padang bolasepak. Latihan seperti ini ada kawalan dan ada rancangan larian yang sudah ditentukan walaupun ia bersifat bebas. Kawalan masa ataupun jarak. Jurulatih mesti terlebih dahulu menentukan apa aktiviti yang hendak di lakukan pada setiap sudut ata...

KECERGASAN

Image
KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR  Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.  PANCAINDERA > SARAF > OTAK > NEORON MOTOR  Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:   1)KUASA -Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan an...