Posts

Showing posts from December, 2019

KECERGASAN

Image
Hai semua, selamat datang ke blog saya. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai kecergasan. Tahu tak apa itu kecergasan? Kecergasan ini amat penting untuk memastikan badan kita sentiasa sihat disamping berkeupayaan mencegah daripada penyakit.  Apa itu kecergasan?  Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Definisi kecergasan fizikal Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang   berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, ...